5.2.10

Kenapa sedu??

Semasa bulan-bulan pertama selepas kelahirannya, adalah biasa jika melihat si kecil anda kerap tersedu.

Ketahui kenapa bayi kerap tersedu, bila anda perlu ke doktor dan kongsi petua untuk menghilangkannya...

Semasa bulan-bulan pertama umur bayi, adalah biasa jika melihat si kecil kerap tersedu. Ia berlaku biasanya selepas bayi menyusu atau makan dan ketika dia berasa sangat teruja. Ada juga pendapat yang mengatakan ia ada kena-mengena dengan perubahan cuaca.

Biasanya ia berlaku beberapa minit sahaja, dan kadang-kadang mungkin juga sehingga beberapa jam. Gejala ini akan berkurangan seiring dengan pertambahan usia bayi.


Bayi Tersedu Daripada Dalam Rahim Lagi

Sedu boleh berlaku bermula minggu keenam selepas konsepsi, sekalipun pergerakan pernafasan belum muncul ketika itu. Ini boleh dilihat melalui imbasan ultrasound. Teorinya, pengecutan menyediakan otot-otot respiratori bayi belum lahir untuk bernafas selepas dilahirkan.

Pengkaji yang diketuai oleh Christian Straus dari sebuah Hospital di Paris mengesyaki tabiat tersedu membantu mamalia belajar menyusu kerana siri pergerakan semasa menetek mirip tersedu dengan glotis tertutup rapat bagi mengelakkan susu memasuki paru-paru.

{youtube}C699IdBWKGQ{/youtube}

Video menunjukkan ultrasound bayi tersedu di dalam kandungan.


Kenapa Manusia Tersedu

Apabila kita menarik nafas, diafram (otot yang membantu kita bernafas) tertarik ke bawah untuk membantu udara masuk ke paru-paru. Tetapi ada ketikanya, proses ini terganggu. Apabila ini berlaku, diafram membuat pergerakan menarik ke bawah dalam keadaan tersentap. Oleh itu, udara berebut-rebut masuk dan melanggar kotak suara anda. Maka terhasillah bunyi hik, hik.


Adakah Bayi Akan Rasa Terganggu?

Walaupun ibubapa akan rasa risau, namun sebenarnya ia tidak begitu mengganggu atau menyakitkan bayi. Ibu boleh terus memberikan bayi susu atau makan serta bermain seperti biasa. Ia tidak akan membuatkan bayi tercekik.


Bila Perlu ke Doktor

Jika sedu ini berlarutan terlalu lama, berlaku dengan sangat kerap dan tetap kerap terjadi selepas umur bayi setahun, sila beritahu doktor anda.“Bayi dengan penyakit refluks gastroesofagal mungkin tersedu lebih kerap. Jika sedu bayi terlalu kerap berlaku, beritahu doktor, lebih-lebih lagi jika bayi muntah dengan banyak atau batuk dan sangat meragam.” kata Lynette Manzur, Professor Pediatrik dalam Babycenter.com.


Jika Bayi Tersedu, Apa Nak Buat?

Anda boleh membiarkan sahaja bayi tersedu. Ia akan mengambil sedikit masa untuk menghilangkannya secar sendiri. Tapi anda boleh mengelakkannya dengan mengurangkan kuantiti angin yang masuk ke perut bayi. Saiz puting yang tidak sesuai boleh menyebabkan bayi menghisap udara. Ini mungkin menyebabkan bayi tersedu. Bagaimana nak tahu saiz puting adalah sesuai? ‘Bila anda menonggengkan botol susu bayi, anda sepatutnya dapat lihat titisan susu bukan aliran susu tanpa henti ke bawah’

Sendawakan bayi dengan menyandarkannya ke bahu. Bagi bayi yang lebih besar, biarkan dia duduk. Tepuk belakang bayi perlahan-lahan.

Terus menyusukan bayi walaupun bayi tersedu. Biasanya sedu bayi tidak mengganggu penyusuannya, malah mungkin ini akan membuatkan sedunya hilang. Tetapi jangan terlebih menyusukan juga kerana mungkin terlebih menyusu menjadi penyebab sedu bayi. Jika anda risau terlebih memberi susu, cuba beri susu bila bayi mahu (on-demand) bukannya mengikut jadual.

Click for more petua. ;)

1 comment:

noradzlina.kamdani said...

nazliah, ibu akk ckp bayi tersedu sbb nk 'beso' abis klu org tua tersedu.....