23.12.09

Bantuan untuk adik Nabilah Huda Binti Zaim

Assalamualaikum, i found about adik Nabilah Huda Binti Zaim ni di blog salah seorang pelajar di Irbid, Jordan. (Click here to view) And few minutes ago saya dah call ayah kepada adik Nabilah Huda. She's at house now tapi pemeriksaan kesihatan dia setiap 2 ke 3hari di PPUM. Doctor tak dapat lakukan pembedahan lagi sebab keadaan darah dalam badan dia tak stabil, so masih ditangguh lagi.

So i hope everybody can help her. Kita adalah bersaudara dalam islam. Even if u are not muslim, we are human being, related to each other. Yang tak mampu dari segi kewangan, boleh bantu dengan forwardkan email ni, copy and paste to your blog, and doakan dia. Ajal maut Allah yang tetapkan, macam mana pun kita perlu usaha. Marilah sama2 kita bantu adik Nabilah Huda.

Thanks.

================================
Seorang pelajar Malaysia yang sedang menuntut dalam Jurusan Syariah di University of Yarmouk, Irbid (terletak kira-kira 150 km ke utara dari Amman, Jordan),

Saudari Nabilah Huda binti Zaim telah disahkan menghidap Leukemia tahap kronik dan memerlukan pembedahan pemindahan tulang sum-sum pada bulan Disember ini.

Kos pembedahan ialah sebanyak RM70 000 (RM50 000 untuk pembedahan dan RM20 000 untuk rawatan susulan)dan ia tidak ditanggung oleh penaja beliau, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Sehubungan dengan itu, saya berbesar hati untuk sama2 membantu dan mengajak rakan2 semua untuk sama2 menyumbang bagi menampung pembedahan beliau. Tidak kira banyak atau sedikit, usaha kecil kita ini insyaAllah membantu.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus dengan

Saudara Zaim Bin Shaari (bapa Nabilah) di talian +6013-3521226.

Sumbangan daripada para dermawan bolehlah dibankkan terus ke akaun-Maybank Zaim bin Shaari 162517025794

Hp: +6013-3521226

Mari kita doakan agar saudari Nabilah Huda dan keluarganya dikurniakan kesabaran dan ketabahan yang berpanjangan sepanjang melalui ujian daripada Allah SWT ini…

Sesungguhnya penyakit itu daripada Allah, maka Allah jua yang akan meyembuhkan dan mempermudahkan….

No comments: