16.11.09

Weekend and Friday Update

Day 13

Friday (13 Nov 2009)

Breakfast: LUPA. Nanti kalau ingat akan diupdate balik. (Update: dah ingat. Makan sayur campur masak chinese style letak mushroom and egg tofu yang ada lagi separuh tu.)

Air masak.

Lunch: Ikan cencaru masak sambal, sotong kecik seekor, ubi kentang 4 potong sederhana.

Air masak.

Balik kerja:

30 x sit-ups.
60 x jumping-jacks.
10 x push-ups pakai bench, kerusi yang paras lutut tu. Terangkat la skit montot berat ni.haha.

Dinner: Dua keping roti wholemeal cicah kuah durian yang mama bawak. nyummy!

dan sedikit buah-buahan tempatan seperti durian dua ulas kecik, rambutan skit, dan manggis 1-2. hoho

Air masak.

Day 14

Saturday (14 Nov 2009)

Pagi2 bangun tidur pecah rekod pergi jogging!! Selama bertahun-tahun simpan badan. Last time betul2 jog masa kat PLKN, tahun 2006. Time tu pagi lari 2-3km, petang 1-2 km. ahaks sangat bangga. Mula2 macam nak maut!! macam nampak malaikat maut je depan mata, lepas tu very easy like abc.

So jogging 30 minit sahaja, jog, jalan then jog jauh lagi then jalan lagi tapi tak stop. (7.15 a.m - 7.45 a.m)

Kat bawah G floor tu ada buaian dan mainan kanak2, time takde budak la ni kena main kan? dah setahun duk situ, sentuh itu buaian pun tak pernah. Pergi balik koje je, tak kose nak pegi main. So pagi itu telah main! hehe. Sangat suka! Teringat time kecik2 buai adik sekali gedebuk buai tu terkena kat muka, pecah bibir! Sangat tragis time tu. Buai yang jenis bulat kena masuk kaki dua2 dalam tu. Fobia tengok buai macam tu.

Balik, dalam kepala ni nak mandi, makan then tidur! hahaha. Alhamdulillah tak tidur.

Breakfast: Roti wholemeal 2 keping letak jem setengah sudu + cereal radix mixed kopi radix & buah plum sebijik. (8.15 a.m)

Pukul 11.30 lapo, makan kuah durian yang mama bawak ada lagi skittt. ada la 8 sudu kot letak 4keping biskut 4 segi Julies.

Air masak.

Lunch: Scrambled egg mixed carrot and isi ayam potong kecik2 halus2. Ayam tu amik bahagian yang sangat kecil saja dalam 2inch. Masuk ayam dulu, kacau2 sampai masak then baru masuk telur yang dah kacau2 dengan carrot and bawang. + roti sekeping. -_- (2.30 p.m)

Selagi tak habis roti tu, selagi tu kena makan, dah sampai ajal luput ia.

Air masak.

Dinner: Sardin 2 ketul + roti wholemeal 2keping. Air masak. (7.30 p.m)

Buah-buahan tempatan seperti di atas.

Air masak.

20 x Sit-ups.

Day 15

Sunday (15 Nov 2009)

Hari ini kejung perut. ;p

Breakfast: Cereal+kopi radix & roti wholemeal sekeping tanpa jem. (10.30 a.m) Mengape breakfast lambat? Malu nak cakap.

Lunch: Malas masak, lagipun tak nak beli barang kat bawah. Jauh perjalanan lagi ni, sayup-sayup je rasa. Gaji macam lagi setahun dia punya la lambat datang. T_T makan megi. (2.00 p.m)
Air masak.

Dinner: 2 potong domino's pizza + 2 keping keropok. my cousin bawak. thank u soo much! memang baik hati la, i like u! dah la termimpi2 teringat2 je pizza sejak akhir2 ni. Alhamdulillah rezeki. Dalam keadaan salary yang lagi sayup2 nun jauh lagi, dapat free plak! Memang sedaaapp la! Menikmati dengan sangat bahagia, terasa cheese didalamnye, paperoni dan sayur mayur di atasnye. ohhhh.. Nyummy betul. Selalu main makan je, tak rasa pun cheese ape bagai.

Air masak.

1 mug Green tea + 1tbs Honey.

30 x sit-ups.
70 x jumping-jacks. (5 minit)

No comments: